PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM MALAYSIA (PEYATIM)
PEYATIM ditubuhkan pada 19 November 1990 dengan nombor pendaftaran 861/90 Terengganu.
PEYATIM kini dianggotai oleh 54 buah asrama anak yatim dari seluruh Negara, sebagai ahli gabungan. Jumlah penghuni asrama adalah lebih 4,000 orang.
MATLAMAT
PEYATIM berusaha membangun dan mengembangkan potensi golongan yatim dan miskin supaya mampu berdikari.
OBJEKTIF
Mewakili hal-hal kebajikan anak yatim.
Menjaga dan mengurus kepentingan ahli dan PEYATIM.
VISI
PEYATIM adalah sebuah badan bukan Kerajaan (NGO) yang prihatin dan mengutamakan kebajikan dan pembangunan potensi diri seluruh anak yatim dan miskin supaya Berjaya di dunia dan akhirat.
MISI
Melalui pendidikan bersepadu melahirkan golongan professional dalam pelbagai bidang, menguasai ilmu dan kemahiran, berakhlak mulia, berdaya maju serta berdaya saing. Berjasa kepada bangsa, agama dan Negara.
MOTTO
"KEBAJIKAN ANAK YATIM TANGGUNGJAWAB BERSAMA"
Logo PEYATIM